Sunday, November 30, 2014

Cara Jadikan Impian Satu Kenyataan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Memang ramai dah cuba buat dan saya tahu ramai juga yang sudah berjaya dan kaya dengan cara ini.Tak susah mana pun.Cuma kena belajar sikit dan positifkan minda karat yang malas dan berjiwa kecik.Tu je.

Ok.Apa yang saya bebelkan ni? Macam mak nenek gamaknya cikgu sorang ni.Inilah kisah dunia.hoho.Saya cerita pasal rahsia orang jadi kaya dan berjaya, sebenarnya mereka semua bermula dengan menulis impian dalam buku 555 err..buku poket atau buku diari atau kalau susah sangat boleh je tulis kat dinding rumah anda.hoho.lebih-lebih lagi bagus kalau dapat tulis kat dinding yang bila kita bangun tido je, terus nampak ayat atau perkataan yang kita tulis impian kita tu.Amacam?Ada berani?

Sebenarnya, nak mula yang besar kena buat yang kecik dulu.Nak dapat yang hebat, selesaikan yang remeh dulu.Ya, itu perkara basic kalau nak berjaya dan Kaya.Kalau bab urusan diri sendiri pun tak settle, macam mana Allah nak bagi kita projek besar yang boleh mendatangkan ribu raban atau juta-jutaan dekat kita kan.hoho.

Ayat kat atas tu memang poyo tapi dah ramai pun yang berjaya dengan ikut Teknik rahsia menulis impian untuk jadi kenyataan.Tulislah apa sahaja yang anda ingin capai dalam satu hari.Saya dah biasa buat benda ni.Siap ada buku khas lagi tu.

Almost 98 persen saya dapat settlekan semua impian saya dalam satu hari.Impian tu juga luas ertinya kan.Kalau impian saya nak siapkan semua tugas yang diwajibkan ke atas saya dalam satu hari, dan saya berjaya melakukannya, maka dari situlah saya tahu bahawa kalau saya tulis impian besar yang ingin saya capai dalam satu minggu atau satu bulan mesti boleh capai punya!Insha Allah.

Err,,cakap banyak pun kena berkira dalam blog ni.Sebab blog ni dibangunkan untuk bisnes.hehhe.Ok, satu lagi aspek paling penting untuk capai impian dalam hidup ialah :tunaikan dan jagalah solat.Ini lebih basic dari basic yang tadi.

Dah sah-sah panggilan solat itu sendiri ialah panggilan menuju kejayaan.Kalau panggilan solat tu pun ekau buat dek je, maka confirm jalan menuju kejayaan jadi jauh dan sukar.Ada juga ramai orang tak solat tapi berjaya dan kaya jugak kan.

Itu bukan rezeki orang tak solat.Itu musibah.Orang beriman diberi kaya itu rezeki, kerana dia akan lebih bersyukur dan ingat Tuhan.Tapi kalau orang tak solat pun dapat kaya dan sentiasa berjaya, itu musibah ( ada perkataan lain yang lebih tepat, tapi saya guna perkataan ini ) sebab dengan lebih kaya dan berjaya dia akan semakin tak ingat Tuhan dan lalai.Cuba Fikir...

Kalau betul-betul berminat nak cuba teknik dan cara mudah tulis impian supaya senang bagi kita capai target dan matlamat dalam hidup, saya kongsikan dengan anda buku ini : 101 Seni menulis Impian.


Semoga kita semua mudah mencapai impian dalam hidup.Yang penting buat dan amal, dapat rahsia dari langit pun, kalau ekau malas nak buat dan tak amal, jangan harap apa-apa okey..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Dengan Kunjungan dan Kesudian membaca Post di Blog Ini.Setiap kunjungan akan Dibalas semula ke Blog Anda.Terima Kasih:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...