Showing posts with label Biz Affiliate. Show all posts
Showing posts with label Biz Affiliate. Show all posts

Monday, September 21, 2015

Tawaran Kerja Part Time Buat Di Rumah

Dengan Bismillah,
As Salam Kepada semua pembaca,
Semakin hari saya perhatikan, semakin ramai yang berminat untuk buat kerja part time di rumah.Maklumlah dalam keadaan sekarang, banyak benda kita kena jimat.Ibaratnya, selagi boleh jimat, jimatlah.Kalau buat kerja part time kat rumah, banyak benda boleh setel kan.Tak payah fikir duit minyak kereta, duit makan dan tol segala bagai.


Selama hampir lebih setahun saya telah terlibat dalam Program Affiliate Job DiRumah.Program ini menawarkan komisen sehingga 50 percent sekiranya kita dapat menarik atau membawa pembeli ke laman web tersebut.Dengarnya macam susah kan? Tapi saya sudah berjaya membuktikannya!Apa yang penting, untuk permulaan kena rajin update artikel berkaitan tawaran kerja dirumah yang ditawarkan dalam program Job DiRumah.

Jadi, sekiranya anda sedang mencari kerja sambilan yang boleh dibuat di rumah, saya mempunyai beberapa pekerjaan yang boleh anda lakukan hanya dari rumah.Tidak banyak syarat atau peraturan yang perlu anda ikuti melainkan anda mempunyai kemahirana asas menaip dan menggunakan program Microsoft. 

Terdapat beberapa kriteria lain seperti kemahiran menganalisis data dalam Bahasa Inggeris dan paling penting mempunyai talian internet di rumah.Mudah bukan?


Anda juga akan dibekalkan dengan panduan memilih kerja part time yang sesuai dengan kemahiran anda.Selain itu, panduan dalam bentuk e-book ini juga akan membantu anda mengenalpasti jenis pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lumayan dan tempoh masa anda perlu menyiapkan pekerjaan tersebut.

Jika anda masih ragu, anda boleh sahaja melihat ulasan ramai pekerja yang telah mendapat upah dan pendapatan daripada kerja part time ini dengan melihat pautan ini : Ulasan Pekerja Yang Membuat Part Time Dengan Job Di Rumah.



Satu perkara lagi yang mahu saya kongsikan disini, tak kurang menariknya ialah upah anda akan dibayar dalam USD.Dalam situasi nilai mata wang negara kita yang semakin menyusut nilainya, buat kerja part time dengan Job dirumah merupakan alternatif kerja atau pilihan terbaik yang boleh kita lakukan.


Terima kasih sudi baca artikel ini dan kongsikan jika ia dapat memberi manfaat kepada orang lain:)

Friday, December 19, 2014

Kelebihan Blogger Sebagai Affiliate Marketer

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Banyak artikel yang saya baca berkaitan dunia pemasaran di internet begitu optimis meramal bahawa tahun 2015 merupakan tahun paling baik, paling untung dan paling bertuah bagi blogger yang melibatkan diri dalam Program Affiliate.


Anda setuju dengan ramalan itu?Ok, bagi yang masih tidak tahu atau tidak pasti apakah Program Affiliate, saya kongsikan sedikit mengikut fahaman saya sendiri.Kalau ada blogger lain yang lebih expert dalam bab Affiliate Marketing ni, saya alu-alukan perkongsian anda pula.

Maksud Affiliate
Affiliate merupakan satu sistem di mana pembekal produk atau pengiklan atau vendor akan menyediakan satu web bagi menjual atau promosi produk mereka.Dengan adanya sistem Affiliate, blogger atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi Affiliate Marketer bagi produk mereka akan dibekalkan dengan banner-banner promosi, ayat-ayat promosi dan juga link affiliate iaitu link yang akan anda gunakan semasa promosi nanti.

Anda hanya perlu mendaftar secara percuma untuk menjadi Agen Affiliate bagi produk tersebut.Setakat yang saya pernah terlibat dengan Affiliate Marketing ni, saya tidak pernah diminta untuk membayar sejumlah wang untuk pendaftaran.

Mendapat Komisen 30-50 Peratus
Kebanyakan Program Affiliate adalah percuma!Malahan anda akan mendapat komisen sekitar  30 -50 peratus dari jualan yang berjaya anda lakukan.

Maknanya ada jualan, ada la komisennya.

Dalam bahasa yang mudah, anda diibaratkan sebagai ”promoter”! Biasanya anda akan diberitahu bila anda akan mendapat komisen anda. Sistem affiliate yang dipasang pada web akan dapat mengesan id anda dan rekod jualan anda akan direkodkan secara automatik. Anda boleh check hasil jualan anda nanti di ruangan yang disediakan.Menarik bukan?

5 Keistimewaan Blogger Yang Jadi Affiliate Marketer
Jadi, apakah kelebihan bagi seorang Blogger yang melibatkan diri sebagai Affiliate Marketer sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa?

Saya kongsi ini berdasarkan apa yang saya sendiri perolehi dalam tempoh setahun ( baru je lagi punn..) dalam pemasaran Affiliate.
  • Saya tak perlu ada produk sendiri atau buat website untuk menjual produk. Malah saya hanya perlu daftar dengan vendor yang mana saya berminat intuk mempromosi produk mereka dan promote dalam blog saya.
  • Anda post entri dalam blog.Saya juga buat yang sama.Tetapi dengan memasukkan link Affiliate dalam entri yang saya tulis ( mestilah buat entri berkaitan produk yang saya nak promosikan) maka saya boleh menjana komisen..:)
  • Saya tak perlu tunggu hujung bulan untuk dapat gaji.Ya, saya hanya menjadi Affiliate Marketer Part time, tapi dalam satu bulan, saya boleh hasilkan jualan dan dapat komisen daripada produk yang saya promosikan.
  • Banyak panduan dan tips yang saya boleh dapat untuk menajdi Affiliate seperti Bisnes Affiliate 5 Angka, Cara Buat Pasif Income dan banyak lagi.
  • Saya hanya menulis satu entri untuk mempromosi produk yang saya pilih tetapi dengan satu entri yang sama saya boleh dapat sale yang berulang.Mudah bukan?
  • Saya tak payah pening kepala nak fikir tentang persaingan dalam dunia perniagaan, nak upah orang promosi produk dan strategi pemasaran bagai sebab saya bebas untuk pilih vendor mana dan produk apa untuk saya promosikan dengan daftar percuma lagi..:)
  • Sebenarnya ada banyak lagi, tapi itu bagi mereka yang telah lama menerajui bidang Affiliate.Saya baru setahun pun dah rasa rugi sebab lambat tahu tentang program yang sangat menarik ni.
Bab Dapat Komisen Paling Menarik
Ya, saya tak tipu.Bab dapat komisen memang paling best bila jadi Affiliate Marketer.Dah memang tu matlamat dan tujuan kita menyertai Affiliate kan.

Cuba bayangkan perasaan anda kalau setiap satu jam atau setiap hari dapat new notification macam ni :
"Congratulation, you have generate 
new commisions from the ..."

Itu belum lagi part kalau mentor dan sifu Affiliate Marketer share dia orang punya status transaction dalam akaun.Ada yang boleh buat sale dalam tempoh kurang 10 saat dan komisen dalam USD lagi.Pheww..


Buat Duit Dengan Blog
Memang ramai dah usahawan atau peniaga online yang berjaya buat duit dari blogshop atau website masing-masing.Inilah kecenderungan atau trend perniagaan sekarang.Kepentingan berniaga dalam online sama penting seperti offline.

Jadi, anda yang sudah ada blog sendiri, manfaatkan peluang ini.Paling kurang, kalau rasa dah tak payah nak ada side income sebab duit dah banyak dan tiada masalah kewangan, jadikan peluang ini untuk buat simpanan atau tabungan anda.Paling kurang kita dapat jana dua hasil dengan berblog.

Apakah dua hasil dalam berblog yang saya maksudkan? Yelah, kalau kita ikhlas berkongsi info dengan orang atau kita bantu mereka dengan maklumat yang diperlukan, insya Allah ia boleh menjadi sebagai amal jariah kita disana nanti.Keduanya, dengan berblog kita boleh jana income sampingan macam jadi Affiliate Marketer ni. Setuju?

Cara Buat Duit Sebagai Affiliate Marketer
Macam saya kata tadi, saya baru jugak dalam Affiliate Marketing ni, tapi saya kenal seseorang yang boleh guide anda dengan lebih baik dan berkesan dalam bidang ini.Pengalaman beliau selama lebih 10 tahun dalam perniagaan online memang tidak terlawan.

Memang susah kalau nak buat appointment dan berguru dengan Mentor dalam Affiliate Marketing ni sebab kerjayanya dalam Perkhidmatan awam memang tak membolehkan beliau menjalankan perniagaan dalam waktu pejabat (hohoho..) jadi bagi memudahkan kita semua yang nak belajar cara buat duit dengan blog sebagai Affiliate Marketer, beliau telah sediakan sebuah e-book ( yang dinamakan Kitab ) untuk kita semua belajar dan mendalami banyak teknik rahsia dan tips berguna sebagai Affiliate Berjaya dan Cemerlang.

Anda ingin mendapatkan e-book yang saya maksudkan? Ok, jangan terburu-buru.Saya cuma nak pastikan yang anda serius untuk menjadi Affiliate Marketer macam saya dan jugak mentor yang saya maksudkan diatas.

Kalau anda serius ingin belajar segala rahsia dan tips yang mentor tersebut guna pakai sebagai Affiliate Marketer, saya akan kongsikan disini cara untuk mendapatkan ebook tersebut.
Caranya ialah baca dulu intro mukaddimah e-book ini : Buat Duit Dengan Affiliate: Kitab Teknik SEO Merah Jambu.Kemudian anda boleh buat tempahan untuk memiliki buku ini. Mudah bukan?

Setakat ini pengalaman paling menarik yang saya perolehi menjadi Affiliate Marketer secara Part time ialah dapat rasa gaji banyak kali dalam sebulan..:)Bayangkan, kalau anda dapat gali semua rahsia dan teknik dalam kitab tu, paling kurang dapat belanja mak bapak atau anak isteri makan besar kat luar kan..Apa lagi yang dapat membahagiakan kita selain mengembirakan insan-insan yang kita sayangi..:)

Akhir sekali, terima kasih sudi baca entri ini dan boleh kongsikan jika dapat bantu lebih ramai rakan lain mendapat manfaat darinya.wassalam.

Tips Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pheww.Tengok tajuk post kali ni memang seram.Kesian pun ada kan?Tapi itulah hakikat hidup masa lalu saya.Kalau ikut kengkawan yang sama grad dengan saya, kemudian pilih kerjaya perguruan, sekarang ni dah capai gred DG44 atau kalau yang tak jadi cikgu entah-entah dah jadi Manager.hoho.

Bukan masalah tidak bersyukur atau menyesali kehidupan masa lalu, tapi kerana kejahilan dan malas belajar dari orang lain menyebabkan saya ambil masa lama dan panjang untuk berada dalam kerjaya yang selesa sekarang.

Ini belum lagi part saya gagal interview atau temuduga kerja yang saya lalui banyak kali.Memang sadis dan menyampah juga kalau anda mengetahuinya.

Sebenarnya, saya bukanlah tidak bersedia time nak pi temuduga kerja, malah saya banyak buat persediaan dari aspek bentuk soalan dan jawapan yang bakal ditanyakan oleh penemuduga.Saya juga berpakaian mengikut etika pakaian yang sewajarnya time menghadiri temuduga.

Kalau ikut orang yang berfikiran pesimis, akan kata dah takde rezeki kerja dengan kerajaan..nak buat macam mana kan?Ya, tiada rezeki tapi usaha ko tahap mana? Sebab Allah suruh kita berusaha dan berubah, kemudian barulah Allah ubah nasib kita.

Saya pernah mengambil ujian INSAK lebih dari 4 kali untuk menyertai kerjaya perguruan.Kemudian saya juga pernah 3 kali menghadiri temuduga KPLI.Kesemuanya saya lalui dengan pelbagai cerita yang menghampakan.

Akhirnya, saya ketahui bahawa terdapat tips rahsia ketika ditemuduga iaitu jangan over confident meskipun dah 10 kali attend temuduga dan jangan guna teknik yang sama ketika menjawab soalan penemuduga.

Saya temui tips rahsia ini dalam sebuah e-book yang saya baca iaitu Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.Mak oii, banyaknya tips rahsia yang saya tak tahu dan tak ambik tahu yang terdapat dalam e-book Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.Memang berbaloi kalau kita dapat baca dan hadam buku ni sebelum kita menghadiri apa-apa temuduga sama ada kerja kerajaan atau sebaliknya.

Memang ada sahaja yang berjaya dalam temuduga tanpa merujuk panduan temuduga kerja kerajaan ini, tapi bagi anda yang mempunyai kisah tragis dan sadis seperti saya, mengapa pula kita harus tolak peluang dan bonus yang terbentang depan mata kita kan?


Kini, setelah melalui proses temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), saya benar-benar yakin yang saya tiada masalah untuk dilantik ke jawatan tetap dalam perkhidmatan pendidikan dan seterusnya disahkan dalam perkhidmatan.

Saya percaya, jika kita gagal dalam usaha dan pekerjaan yang kita lakukan, maknanya ada something wrong somewhere yang kita kena cari dan cuba buat perubahan dari segi teknik dan strategi pelaksanaan.

Jadi, sebagai penutup kata, saya sarankan anda mengambil langkah proaktif dengan memiliki e-book ini dan segera buat tempahan bagi memastikan anda mendapat harga yang ditawarkan.Kerana saya dimaklumkan bahawa harga bagi e-book ini bakal berubah mengikut permintaan dan tawaran semasa.

Mendapat kerjaya dalam sektor awam memang menjadi idaman kebanyakan orang kerana banyak kemudahan dan juga kelebihan yang kita perlolehi ketika usia persaraan.Jangan abaikan peluang baik bagi anda memperbaiki diri dan berusaha dengan lebih baik supaya lulus dalam temuduga kerja.

Jika anda memiliki e-book Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, anda juga bakal mendapat bonus e-book ini pula :


Tidak ada mana-mana kedai buku yang baik hati nak bagi anda bonus buku segala bagai jika anda membeli buku di pasaran.Setuju? Jadi, berhenti attend temuduga dengan kaedah berfikir dan menjawab cara lama dan dapatkan info terbaharu dan terkini lulus temuduga kerja kerajaan melalui e-book Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.


Semoga anda berjaya dengan cemerlang dalam apa jua sesi temuduga yang dihadiri dan jangan lepaskan peluang baik yang saya kongsikan dengan anda ini:)


Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)

Sunday, December 7, 2014

Cara Mudah dan Terkini Menulis Resume

Dengan Bismillah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Post kali ini saya ingin kongsikan Cara Mudah dan Terkini Menulis resume.Saya akui, bagi kalangan lepasan graduate atau bekas graduate yang beberapa tahun masih mencari pekerjaan sesuai dengan kelayakan, anda kebingungan kerana tidak pasti apakah sebabnya hingga sekarang anda tidak pernah dipanggil temuduga.

Sebenarnya, semua pencari pekerjaan akan bermula dengan resume yang bagus, lengkap dan hebat.Anda ingin tahu, sebenarnya ada satu perisian khas yang disediakan oleh Jobs Malaysia yang dipanggil Resume Generator yang membolehkan semua pencari kerja sama ada kalangan siswazah atau bukan siswazah menyediakan resume lengkap, iaitu hanya perlu melengkapkan segala butiran yang diperlukan, memilih template yang dikehendaki dan terus cetak resume tersebut.Mudah bukan?

Apakah Sebenarnya Resume ?
Resume merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian hendaklah ringkas, padat dan menarik.Terdapat satu lagi bentuk resume yang disebut Curriculum Vitae (CV). Kandungan CV lebih terperinci iaitu mengandungi maklumat peribadi, latar belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah, kajian-kajian yang dijalankan beserta pengalaman kerja yang terperinci dan panjang. Biasanya bersesuaian dengan pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan profesional. 

Cara Mudah dan Terkini Menulis Resume
Berikut saya kongsikan 3 langkah mudah untuk anda menyediakan sebuah resume yang lengkap dan hebat.







Ok.sekarang tugas anda menyediakan resume yang lengkap sudah siap.Tetapi, adakah betul dan sesuai semua butiran yang anda lengkapkan itu? Adakah butiran tersebut sesuai dengan pekerjaan yang anda inginkan dan seperti yang bakal majikan anda mahukan?

Di sinilah masalah yang harus anda selesaikan.Pada peringkat inilah, ramai pencari kerja yang terlepas pandang.Mereka anggap bila resume terperinci sudah disiapkan, maka ia sudah cukup untuk meyakinkan bakal majikan anda bahawa anda sudah benar-benar layak dipanggil temuduga atau bekerja.

Anda silap jika berfikiran begitu.Anda mungkin lupa bahawa majikan anda juga manusia biasa yang ingin melihat "kesempurnaan" anda dalam menyediakan sebuah resume kepada mereka.Ini kerana dengan melihat bagaimana persembahan dan kandungan resume sudah cukup memberi keyakinan dan gambaran siapa diri anda.

Saya perkenalkan sebuah buku panduan lengkap yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah anda pada peringkat ini.Mengapa saya perlu mendapatkan buku ini, sedangkan saya boleh mendapatkan segala maklumat percuma dengan Google sahaja di internet?
Klik Gambar Untuk Membuat Tempahan e-Book ini
Bagus soalan anda.Tetapi saya ingin beritahu anda bahawa buku Rahsia Panduan Lengkap Menulis Resume ini memberi anda maklumat dan informasi apa yang anda cari selama ini.Tidakkah rugi jika apa yang menjadi PUNCA kepada kegagalan anda dalam mendapat perkerjaan yang anda ingini terlepas begitu sahaja?

Saya fikir anda juga berharap bahawa dengan maklumat yang saya kongsikan ini, merupakan peluang terbaik dan terakhir sebelum anda mendapat pekerjaan yang anda inginkan.Mungkin disebuah syarikat besar multinasional atau syarikat gergasi tempatan yang menawarkan gaji permulaan yang lumayan.

Ok.Jika anda benar-benar serius ingin mendapatkan pekerjaan tanpa berhabis masa dan tenaga hanya dengan menghantar resume"yang entah apa-apa", saya cadangkan anda supaya segera membuat tempahan buku Rahsia Panduan Lengkap Menulis Resume dan menyelesaikan masalah memohon pekerjaan yang tidak pernah berhasil selama ini.

Terima Kasih membaca artikel ini dan boleh LIKE atau kongsikan jika bermanfaat kepada anda dan orang lain:)

Wassalam.

Friday, December 5, 2014

Belajar Teknik Mudah Jahit Baju Kurung

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Teringat zaman remaja dan anak dara suatu masa dahulu.Hoho.Macamlah den ni dah tua sangat kann.Padahal masih sekolah rendah lagi.Sampai pencen tak naik sekolah menengah.Dah situ tempat cari rezeki yang halal.Hoho.Ehh..melalut dan ke laut pulak dah.


Pengalaman Belajar Menjahit Baju Kurung
Ok.Nak cerita yang sebenarnya ketika zaman anak dara dan sebelum kahwin dulu, saya memang bercita-cita dan menyimpan hasrat untuk belajar menjahit baju kurung sendiri.Masa tu, saya ingatkan kelas belajar menjahit tu tidak perlukan kos yang tinggi.Saya pun mulalah, berkobar-kobar mencari senarai kelas-kelas menjahit yang terdapat sekitar Johor Bahru.

Akhirnya, saya terpaksa lupakan dahulu mengikuti kelas jahitan tersebut,Masa tu, saya baru graduate sekitar tahun 2000, dan tahun-tahun tersebut merupakan tahun dimana ramai graduate yang terpaksa bekerja dalam bidang yang bukan dipelajari di universiti.Tahun di mana kemelesetan ekonomi sedang melanda dunia.Memang sakit tapi kena fikir untuk masa depan.

Kenapa saya lupakan hasrat mengikuti kelas menjahit tadi? Saya tak mampu membayar yuran kelas selama 3-5 jam sehari sekitar RM 50-RM100.Padahal gaji saya masa tu adalah setakat RM800 sebulan.Jadi, hasrat belajar menjahit baju kurung berkubur begitu sahaja!

Apabila kehidupan semakin baik, kemudahan mendapatkan maklumat semakin meluas, saya temui sebuah e-book yang menawarkan panduan lengkap menjahit baju kurung tradisional dengan bayaran yang sangat berpatutan dan paling menarik ialah tanpa asas jahitan, kita masih juga boleh mempelajarinya.Iaitu dengan bantuan lengkap e-book tersebut.


Pada peringkata awal, saya tak percaya dan kurang yakin akan kelebihan e-book Panduan Jahit Baju kurung ni, tapi akhirnya saya tahu inilah buku panduan menjahit baju kurung yang tidak mungkin kita perolehi di pasaran.Ya, sangat berbaloi jika kita memilikinya!

Kenapa saya berani kata begitu?
Penulis buku ini tanpa sedikit rasa kedekut pun dengan segala ilmu yang dimilki, siap bimbing kita dan ajar daripada bab asas jahitan seperti memotong kain, membuat leher baju dan sebagainya sehingga bab kos yang diperlukan hanya untuk menjahit sehelai baju kurung! hebat bukan?

Jom, saya kongsikan sedikit kandungan buku ini yang pastinya tidak menghampakan kita yang berkobar-kobar nak belajar menjahit.Cuba anda baca dan perhatikan apakah teknik dan panduan menjahit yang dikongsikan penulis dalam buku ini.

Teknik dan Panduan Mudah Jahit Baju Kurung

  • Teknik Mengambil Ukuran
  • Teknik Mengambil Pola
  • Teknik Memotong kain
  • Teknik Menjahit kain
  • Teknik Menjahit poket baju
  • Teknik Menjahit leher baju
  • Teknik Menjahit Pinggang Kain
  • Teknik Menjahit Span Bahu
  • Teknik Menyiapkan Kemasan akhir
Apa lagi yang anda inginkan daripada sebuah buku panduan menjahit selain dari sebuah buku yang lengkap ini?Ya, mungkin anda mempunyai perancangan sendiri.Sebab itu anda masih berfikir-fikir untuk memiliki buku ini.

Ok.Betul jangkaan penulis buku ini.Macam mana kita nak belajar menjahit kalau "sebijik" mesin jahit pun takde kat rumah kan?Itu sebenarnya bukan masalah besar.Ambil masa untuk belajar memotong kain dahulu dan pelajari asas menjahit dari aspek pemilihan kain, benang atau corak warna baju kurung yang sesuai, kemudian kita boleh simpan duit sedikit demi sedikit untuk beli mesin jahit pula.

Kalau ikutkan, setakat menjahit baju kurung, banyak je mesin jahit terpakai yang masih elok yang boleh kita dapati dari kebanyakan kedai hardware atau Kedai Singer ( yang terkenal dengan mesin jahitnya yang canggih).Harganya pula masih mampu milik ( bukan mampu tengok eh..err).

Kalau kita ingin serius dalam bidang jahitan, biar alah membeli tapi menang memakai kan?Ok.setel bab tu. Apa lagi kita boleh buat dengan kemahiran menjahit yang kita dapat dari buku ni?Banyak betul boleh buat.

Pasti anda juga seperti saya.Saya yang bercita-cita untuk jahit baju sendiri  anak-anak dan suami.Dengan cahayamata seramai 5 orang, jika saya berterusan menempah pakaian dari kedai jahit setiap kali nak raya atau tempahan pakaian seragam sekolah anak-anak saya, maka sah-sah akan bangkraplah encik Suami saya.hohoho.Mohon dijauhkan ya.

Itu belum tempahan baju kurung saya yang setiap masa jika ke tempat kerja memang lebih banyak pakai baju kurung.Tambah-tambah bila hantar jahit baju kurung dibandar besar macam kolumpo ni.Kalau tak melayang RM 70 ke atas memang tak sah.Jadi, jika kita sudah punya kemahiran menjahit baju kurung, memang boleh buat duitlah.Tak pasal-pasal dapat side income.Best nih.

Apapun, dalam setiap perancangan kita demi masa depan keluarga, saya sendiri memilih untuk memperkukuhkan kewangan keluarga dengan kelebihan yang saya ada.Tak kisah apa pun usaha kita untuk menambah nilai kewangan keluarga, asalkan ianya halal dan kita mengerjakannya sebaik mungkin.Bukan begitu?

Akhir sekali, jika anda benar-bear serius ingin belajar menjahit dan menjadikan ia sebahagian pendapatan sampingan atau memudahkan anda menjahit pakaian ahli keluarga, inilah buku panduan menjahit yang harus anda miliki.

Segera buat tempahan kerana harga tawaran mungkin akan berubah jika permintaan semakin banyak dan meningkat.

Terima kasih kerana membaca artikel ini dan boleh kongsikan jika suka dan bermanfaat kepada lebih ramai orang.











Monday, December 1, 2014

Buat Kerja Part Time Selepas SPM

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Memang tiada alasan "tak tahu nak buat apa" sepatutnya keluar dari mulut bebudak lepas SPM. Kalau dalam fikiran tu, lepas periksa nak tolong mak ayah atau ambik kelas memandu ke, kelas menjahit atau kelas buat kek, yang ini memang bagus dan nampak faedahnya untuk masa depan.


Memang berbeza sangat dengan zaman saya atau zaman bebudak saya selepas SPM pada era tahun 90an.Masa tu, jangankan nak bersantai-santai sambil main video games atau up status dekat Facebook setiap satu jam sekali, internet dan ipad atau tab jauh sekali nak dapat!

Saya tahu, memang tak boleh nak samakan zaman dolu-dolu tu dengan zaman bebudak sekarang, tetapi hakikatnya, peluang baik sangat banyak sekarang ni.Cubalah hangpa bukak mata luas-luas.Selain melayari internet 24 jam tu, apa lagi yang kita boleh dapat dengan kemudahan tersebut?

Ya, inilah yang Akhak maksudkan adik-adik semua.Bukan semua orang dapat peluang baik dan nampak peluang baik ni.Hanya mereka yang terpilih dan bernasib baik sahaja dapat tawaran buat kerja part time yang mudah macam kerja ini.


Kerja part time yang sangat sempoi ni, bukan sahaja akan melegakan fikiran mak bapak korang, malah lebih jauh lagi akan buat depa tersenyum bangga sebab anak kesayangan depa yang depa dok jaga sampai besar gedabak la ni, dah tahu dan pandai buat kerja part time yang mendatangkan hasil.

Ya.Jangan terkejut sangat!Dah namanya "KERJA" mestilah ada hasil kan.Err..ini bukan Lembaga HASIL Dalam Negeri tu ya, ini tentang hasil, tentang pendapatan dan upah yang korang akan dapat bila rajin dan bagi komitmen dekat kerja part time tersebut.

Contoh Pekerjaan Part Time Yang Ditawarkan


Tugasan mudah ini bukan sahaja mudah dilakukan malah hanya memerlukan kemahiran kita dalam menaip dan menggunakan Microsoft Office. Selain itu, dengan hanya berbekalkan komputer atau laptop dan kemudahan internet, anda akan dapat melakukan tugasan ini dengan mudah.

Contoh Tugasan Yang Disediakan



Bab timing memang takde masalah, sebab kerja part time ni kita sendiri yang tentukan masanya.Tambah-tambah kalau kita jenis suka bangun subuh gajah ( dah sama macam gajah pun peel nya)..hohoho, maka kerja part time dirumah ini memang paling sesuai buat anda.

Kalau yang takde transport tu, tak payah fikir dah nak bayar tambang bas atau teksi.Belum lagi bab makan minum kat tempat kerja, sebab anda hanya buat kerja part time di rumah.Setakat minum air sirap sejuk dengan biskut oreo dah sedap sangat.

Rancang Untuk Masa Depan
Semua orang ada pasang impian untuk hidup dan masa depan masing-masing kan. Alangkah bagusnya kalau dalam impian kita tu, kita rancang juga kewangan kita supaya lebih mudah dan cepat impian dapat dicapai.

Ada satu Qoute yang saya dapat dari sebuah laman web yang banyak bagi peluang orang buat duit secara online, macam ni bunyinya :


Daftar kerja Part Time Di Rumah Sekarang jika anda betul-betul ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup anda.Hidup kita, kita yang tentukan.

Sunday, November 30, 2014

Cara Jadikan Impian Satu Kenyataan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Memang ramai dah cuba buat dan saya tahu ramai juga yang sudah berjaya dan kaya dengan cara ini.Tak susah mana pun.Cuma kena belajar sikit dan positifkan minda karat yang malas dan berjiwa kecik.Tu je.

Ok.Apa yang saya bebelkan ni? Macam mak nenek gamaknya cikgu sorang ni.Inilah kisah dunia.hoho.Saya cerita pasal rahsia orang jadi kaya dan berjaya, sebenarnya mereka semua bermula dengan menulis impian dalam buku 555 err..buku poket atau buku diari atau kalau susah sangat boleh je tulis kat dinding rumah anda.hoho.lebih-lebih lagi bagus kalau dapat tulis kat dinding yang bila kita bangun tido je, terus nampak ayat atau perkataan yang kita tulis impian kita tu.Amacam?Ada berani?

Sebenarnya, nak mula yang besar kena buat yang kecik dulu.Nak dapat yang hebat, selesaikan yang remeh dulu.Ya, itu perkara basic kalau nak berjaya dan Kaya.Kalau bab urusan diri sendiri pun tak settle, macam mana Allah nak bagi kita projek besar yang boleh mendatangkan ribu raban atau juta-jutaan dekat kita kan.hoho.

Ayat kat atas tu memang poyo tapi dah ramai pun yang berjaya dengan ikut Teknik rahsia menulis impian untuk jadi kenyataan.Tulislah apa sahaja yang anda ingin capai dalam satu hari.Saya dah biasa buat benda ni.Siap ada buku khas lagi tu.

Almost 98 persen saya dapat settlekan semua impian saya dalam satu hari.Impian tu juga luas ertinya kan.Kalau impian saya nak siapkan semua tugas yang diwajibkan ke atas saya dalam satu hari, dan saya berjaya melakukannya, maka dari situlah saya tahu bahawa kalau saya tulis impian besar yang ingin saya capai dalam satu minggu atau satu bulan mesti boleh capai punya!Insha Allah.

Err,,cakap banyak pun kena berkira dalam blog ni.Sebab blog ni dibangunkan untuk bisnes.hehhe.Ok, satu lagi aspek paling penting untuk capai impian dalam hidup ialah :tunaikan dan jagalah solat.Ini lebih basic dari basic yang tadi.

Dah sah-sah panggilan solat itu sendiri ialah panggilan menuju kejayaan.Kalau panggilan solat tu pun ekau buat dek je, maka confirm jalan menuju kejayaan jadi jauh dan sukar.Ada juga ramai orang tak solat tapi berjaya dan kaya jugak kan.

Itu bukan rezeki orang tak solat.Itu musibah.Orang beriman diberi kaya itu rezeki, kerana dia akan lebih bersyukur dan ingat Tuhan.Tapi kalau orang tak solat pun dapat kaya dan sentiasa berjaya, itu musibah ( ada perkataan lain yang lebih tepat, tapi saya guna perkataan ini ) sebab dengan lebih kaya dan berjaya dia akan semakin tak ingat Tuhan dan lalai.Cuba Fikir...

Kalau betul-betul berminat nak cuba teknik dan cara mudah tulis impian supaya senang bagi kita capai target dan matlamat dalam hidup, saya kongsikan dengan anda buku ini : 101 Seni menulis Impian.


Semoga kita semua mudah mencapai impian dalam hidup.Yang penting buat dan amal, dapat rahsia dari langit pun, kalau ekau malas nak buat dan tak amal, jangan harap apa-apa okey..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...