Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Bisnes Untuk Kaya & Berjaya!
Pheww..macam tak sangka hasrat nak buat blog baru tercapai dalam tempoh kurang 15 minit.Err..pecah rekod ke ni..Entah.Belasah jelah.hoho.Niat asal nak buat time cuti sekolah bulan Disember nanti.Tapi tulah.Cikgu dah tak sabar nak buat blog bisnes sendiri.Ia bagai satu perasaan, kalau lambat seploh minit, alamat lingkuplah bisnes.erkk.Macam bagus!
Post Kali Pertama Untuk Blog Biz Cikgu
Cikgu memang dah lama rancang nak buat satu blog bisnes sendiri.Tak best pulak rasa kalau Blog Personal yang lagi satu tu banyak post tentang buat duit dari blog atau dapat duit dengan blog.Rasa macam cikgu ni mata duitan sangatt.hoho.
Nak jugak ucap terima kasih banyak-banyak dekat Cik Tomat, yang sudi buat tuto ajar Cikgu yang suka ke laut ni buat Blog baru.Senang betul ikut tuto Cik Tomat.Kalau ada sesiapa yang nak belajar buat blog baru (padahal dah ada blog sendiri sebelum ni.Entah kenapa jadi bengap time nak buat blog yang kedua ni)
Opss..lupa cikgu nak wish selamat datang ke Blog Biz Cikgu.Memang banyak merapu.Tapi untuk permulaan ni, nak set up dulu blog ni.Banyak benda nak kena buat dengan blog baru ni.Ingat senang nak Kaya?Haa..sapa suruh ko pilih nak kaya kan..Dalam banyak benda boleh mintak kat dunia, kaya jugak yang ko cari.
Banyak sebab cikgu buat blog baru ni.Harap-harap dalam tempoh 6 bulan pertama nanti, dapatlah hasilnya.Tolong doakan cikgu sihat, kaya dan berjaya dunia akhirat.Aamiin.
Ok.Orang Bisnes tak cerita panjang kalau tak buat sale.hoho.Dia mula dah.Terima kasih sesat dan singgah baca dekat blog ni.Memang terjebaklah tu.Alang-alang dah sampai sini, jangan lupa Follow Blog Biz Cikgu dan reccomendlah dekat orang kampung sekali eh..
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Dengan Kunjungan dan Kesudian membaca Post di Blog Ini.Setiap kunjungan akan Dibalas semula ke Blog Anda.Terima Kasih:)