Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya mula blogwalking seawal jam 9.30 malam.Dah lama sangat tak buat aktiviti blogwalking secara marathon.Memang banyak yang saya ketinggalan.Banyak juga blog best-best yang saya baru jumpa dan dengan gelojohnya terus Follow blog tersebut!
Saya ingat Blogger sekarang pakat seronok ikut segmen je.Kejap-kejap buat Giveaway.Saya rindu zaman saya belum jadi blogger dulu.Masa tu, saya akan cari dan jumpa banyak blog yang tulis cerita personal, tapi sarat dengan pengajaran, pengetahuan dan inspirasi.
Sekarang ni, bila bukak satu lagi cawangan, macam tak cukup masa nak pi blogwalking dan cari blog-blog yang best nih.Tapi, saya akan usahakan untuk pi blogwalking sebagai ganti aktiviti membaca yang pun dah semakin jarang saya buat sejak memilih untuk jadi blogger part time.huhu.
Bila jadi blogger, banyak benda tak sama dengan sebelum kita jadi blogger kan.Selain masa lebih panjang depan laptop, saya juga semakin tidak peduli dengan kehadiran Facebook dan whatapps.Malas nak layan!
Paling kurang pun, sebelum tidur baru saya baca mana-mana status terbaru.Teruk betul rasanya! orang lain nak tidur baca doa ke, apa ke, saya pulak sibuk baca status dekat facebook.hohoho.
Bila kita memilih dalam hidup ini, tentulah pilihan kita itu berlaku kerana banyak sebab musabab dan faktor.Saya memilih untuk jadi blogger part time yang minat terhadap bidang Affiliate Marketer.Saya banyak fokus kepada menulis marketing content dan ada masa saya lupa saya juga sebenarnya blogger biasa yang tetap mahu menulis hal personal dalam blognya sendiri!
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Dengan Kunjungan dan Kesudian membaca Post di Blog Ini.Setiap kunjungan akan Dibalas semula ke Blog Anda.Terima Kasih:)